Selepas 2bulan aku di matriks penang nie..banyak sungguh pengalaman yang aku dapat..banyak sangat..bermacam ragam aku dah jumpa..dan akhirnya aku kembali semula ke rumah..bercuti selama 2 minggu..best betul rasanya..release tension..pada entri kali ini aku x kan bercerita panjang la..sebab lepas nie aku ada satu cerita yang betul2 panjang..jadi aku x nak memenatkan diri aku sekarang untuk berceloteh panjang..haha..tunggu je la entri aku yang seterusnya..
Isnin, 10 Ogos 2009
CUTI LA WEY...
Posted by diyana at Isnin, Ogos 10, 2009 0 comment
Isnin, 22 Jun 2009
cerita di sini..
hurm..aku taksangka betui la boleh dapat masuk matrikulasi penang nie..bila dapat tau aku dapat..mula2 x nak p tau..
tapi selepas seminngu aku di sini..aku x nak balik!!!!!!!!..hahhaha..
da best sangat2..
terutama dapat roomate yang sekepala ngan aku dak..
yang paling penting..cakap aku dah tak macam orang kl da..
aku macam dah jadi orang penang atau kedah..hahah
sebab roomate aku dua penang satu dari kl..
then practikum lak ramai orang kedah..
first week penat la kat cnie..maklumlah minggu orientasi kan..
tadi bermulanya sesi pembelajaran atau kuliah..
first2 dah ada assigment da..memang penat..kat sini bz memanjang..
tapi aku sempat gak online..hhaha
okie2..
smapi cnie je warkah aku pada kali ini..(warkah ka??..)haha
nnt aku p cerita habaq mai pasal aku kat cnie lagi na..
bye2
Posted by diyana at Isnin, Jun 22, 2009 0 comment
Ahad, 14 Jun 2009
sesuatu yang baru..
Sepertimana rakan-rakanku yang lain ,aku pun tengah cuba untuk mengikuti jejak langkah mereka iaitu kembali BELAJAR..memang payah rasanya hidup ni..asyik-asyik nak belajar..memang penat..tapi jika aku mahu berjaya dalam hidup itulah yang aku perlu lakukan ..mungkin selepas ini aku tak selalu membloging lagi..sebab aku dapat tahu pelajar yang bergelar budak matrikulasi memang hidup dia kalau boleh belajar je..dan itulah yang akan aku rasa..
kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini..jaga diri baik-baik..minta maaf kalau aku dah jarang contact korang..kalau aku tak contact bukan aku lupa kat korang semua..dan korang pula la yang kena rajin contcat aku walaupun tak selalu kan..huhu..korang tetap kawan aku sampai bila2 walaupun nanti aku akan jumpa kawan yang baru lagi..
sehingga bertemu lagi dalam lembaran akan datang..hahaha..macam surat je...apapun hidup ini ibarat roda..kadang-kadang di atas dan kadang-kadang kita di bawah..jadi hargailah hidup anda di kala senang dan cuba tabah di kala anda sedang berduka...
MATRIKULASI PULAU PINANG..HERE I COME !!!!!!!
Posted by diyana at Ahad, Jun 14, 2009 0 comment
Rabu, 10 Jun 2009
kebenaran terluah jua..
memang betuL kadang2 dengan hanya memberitahu kebenaran tentang apa yang kita rasa selalunya akan buatkan kita rasa lebih lega..dan itu yang cuba aku lakukan..dan ternyata itu berhasil..tapi hal ini mesti dua-dua pihak saling bekerjasama baru boleh okie..
*bye the way tq to
NURUL AFIQAH BT ABU SHAH..
p/s : ilydsm...
Posted by diyana at Rabu, Jun 10, 2009 0 comment
Selasa, 9 Jun 2009
Dari hati ke hati
Aku rasa aku nak lari jauh-jauh sampai aku jatuh..aku rasa aku nak jerit kuat-kuat sampai suara aku hilang sepenuhnya..dan aku rasa aku nak terus hilangkan diri sampai semua orang cari aku..hurmm aku tak suka lah bila aku rasa macam ni..da lama aku tak rasa macam ni..aku nak buat sesuatu,nak cakap sesuatu tapi aku tak kuat..tak cukup berani untuk mengatakannya..sebab aku cukup takut akan akibat yang akan berlaku kelak..tapi kalau aku tak beritahu hati aku,fikiran aku akan cukup sakit memikirkannya..tapi aku cukup pasti jika aku beritahu perkara ni..persahabatan yang ada sekarang akan terhapus dengan macam tu saja..
jadi sebab tu lah aku tak boleh beritahu..biar didesak sebagaimana pun aku tetap tak boleh beritahu..kalau boleh sekarang ni aku hanya perlukan seorang sahaja rakan untuk aku ceritakan hal ni..dan aku harap dia tidaklah mulut tempayan kan..dan cukuplah dia hanya sebagai pendengar dan bukan memberi pendapatnya yang aku tak nak lah fikir kerana hal ini akan jadi lebih teruk kalau orang kedua ,ketiga,dan keempat masuk campur..jadi tolonglah..aku nak seorang sudah cukup.....FULLSTOP..
* sapa2 yang baca tolong lah jangan tanya apa2 !!
Posted by diyana at Selasa, Jun 09, 2009 0 comment
Isnin, 8 Jun 2009
Pertemuan Pertama
Tiba-tiba terasa nak mengimbau kembali kenangan lama..bagaimana aku mula berjumpa dengan "PELANGIKU" , berbicara,bertukar-tukar pandangan dan akhirnya menjadi kawan ataupun digelar sebagai sahabat hingga ke hari ini...
~Cathereena~ kenal dengan dia ini masa darjah satu lagi..pendiam la sangat-sangat dia ni.tak rapat sangat .mula rapat masa darjah 6..duduk sebelah-sebelah..best sangat
then selalu lepak rumah dia..main baling bantal..dan makan masakan aunty..
huhu..best gler time tu..tapi sekarang kitaorang tak rapat sangat tapi masih
bersama..kan2..huhu..
~Afiqah~ dengan dia ni pulak aku kenal time darjah 3..masa tu dia baru datang sini dari bruneikan.
mula-mula memang menyampah la dia..dengan muka yang bajet cam pandai(memang
pandai pun kan..huhu) lepas tu mula rapat masa darjah 6..main UNO sama-sama..
siap gaduh2 lagi..kelakar betul..masa form 1 n form 2 tak rapat..tak tau napa..then
form 3 rapat balik..lepas tu mula la penubuhan girls group tu..kan..tapi aku dapat rasa
la ahli girls yang dulu gak paling best la..tak tau napa..maybe sebab kita saling
memahami antara satu sama lain..whatever pun aku bersyukur dapat kenal kau..
dan tq sangat kau suka belanja aku kan...huhu.and fiqa aku suka sangat kau yang dulu...
~Atiqah~ mula aku jumpa dia ini aku tak sangka yang aku akan boleh rapat dengan dia..huhu
rapat time form1 la..ingat tak time tu just aku,kau shaqira dan cath je kan..group asal
kita.huhu.. dengan dia ini pun aku mana boleh sembunyikan rahsia dari dia..sebab
kadang-kadang dia dapat tau apa yang aku rasa..physco r dia ni..huhu..btw,tq sangat
kau ajar aku math sampai aku boleh dapat A ..tq bagi nasihat-nasihat yang berguna
dekat aku..dan aku akan terus simpan rahsia terbesar kau..huhu..dan kau juga kena
simpan rahsia aku tau..tau..
~Azlin~ dia ni masa aku jumpa bukan setakat tak suka menyampah/benci terus wo..haha.
akhirnya jadi bestfrend aku gak..hehe..sayang kau!! sebab apa aku cakap camtu..
perangai dia yang agak menggedik dengan lelaki.dia la seorang kawan aku yang
tak pernah dalam 1 pun ayat dia yang tak sebut pasal lelaki..untuk orang yang tak
mengenali dia orang akan pandang lain kat dia..tapi lepas dah kenal dia..orang
akan tau yang itulah perangai dia yang memang tidak dibuat-buat..alin,aku harap la aku
akan jadi macam kau dan haziqah ye..huhu..dan tq sebab kenalkan haziqah yang
perangai @ otaknya sama sebijik macam kau..so aku boleh ngam dengan dia juga..
~Melanie~ ini amoi bukan sebarang amoi wo.amoi ini tersangat la pandai dalam pelajaran dan blurr dalam hal lain2..huhu..dia ni juga selalu ada masalah dengan lelaki.kan2..
dan suka la sangat dengan budak melayu..apapun best sangat kawan dengan ini budak
..and mel..best of luck dengan bf u yang baru nie ye..huhu..harap2 last longer..forever..
and ever :-p
~Nadrah~ mula kenal dia time darjah 6..masa tu dia pengawas wo.tapi muka blurr je..huhu..apapun
takut la nak tegur dia..dan sekarang dia merupakan one of my best friends..kitaorang
time form 3..takla..aku rasa form 4 la sebenarnya..aku paling suka family dia..
sporting giler..ingat tak ekspedisi tergempak masa kat sg.congkak..perghh..
best serta penuh dengan rahsia..rahsia..haha..now dia baru je balik dari PLKN..tak
sabar nak jumpa dia..aku nak tengok apa perubahan yang berlaku dekat dia..
mesti ketomboyan kau makin terserlah..haha..(rosak bm aku dibuatnya).. dan nad..
banyak sangat benda yang aku nak cakap kat kau..hanya kau..so..cepatla jumpa aku..
~ jayne~ dengan dia ni..tak tau la macamana boleh..tapi dia ni memang best...sebab kitaorang
ada minat yang sama iaitu novel n komik..huhu..selalu aku banyak pinjam la barang2 tu
kat dia..n FYI jayne..komik u ada lagi kat i ni..bila la i nak pulangkan..huhu..!!!!!! dia ni
juga aku respect sebab dia kalau cakap memang terus terang..attack kena kat
kau la kira..huhu..so beware with HER!!!.llallalllalla
~Shaffiq~ budak lelaki pertama yang aku rapat..aku memang tak pernah suka dengan dia la..masa
mula2 tu..huhu..sebab dia mulut da la bising je..then selalu buat persembahan ngan
teman2 seangkatan dengan dia..nyanyi lagu yang sama dan aku tak suka..tapi akhirnya
baik ngan aku sampai hari ni.. lagi satu dia ni suka la buat apa yang aku tak suka..contoh dia tau aku tak suka dangdut jadi dia akan nyanyi lagu tu..mcam tu la..tapi aku tak kesahh la kan..huhu..aku tak peduli la yang krisis kau diantara orang tu dengan
orang tu..tapi yang aku tau aku tetap kawan kau sampai bila..begitu juga dengan orang tu..dia kalau orang tak kenal dia macam2 orang boleh kata..( aku tau sebab aku dulu pun
cakap macam pasal dia before kenal..hehe) hurm..tq la sebab kawan dengan aku ni..n
banyak belanja aku terutama time kita kerja dulu kan..huhu..harap lepas ni..kau boleh
berjaya dalam karier yang kau pilih...dan ingat kalau da berjaya tu kalau kau lupa aku
habis la rahsia2 dan gambar kau aku bagi kat wartawan...hahhaahha...yeah.eyah..
~Azuan~ budak lelaki yang aku tak sangka juga aku boleh rapat dengan dia..huhuu..kenal dia
masa form4.. dia ni suka gelarkan aku hobbit tau..jadi aku panggil dia dwarf..haha
time yang paling best aku ingat ngan dia time main game dance and main twister..
best betul kan.. aku harap dapat jadi kawan kau sampai bila2 la wey..huhu..btw, aku
suka la baca blog kau..kalau boleh jangan stop memblogging ye...
~ Ieqmal~ budak ni aku kenal dia dari form 1 lagi..tapi tak pernah la bercakap..tak tau napa,,
then rapat secara tiba2 masa form 4..(okie ke ayat aku tu..hhaha).dia ni aku suka
la tengok dia senyum dan time dia main keyboard..perwatakan dia akan tukar secara
tiba2..best tu..haha..dan tq la sebab kau pernah jadikan aku teman kau berbicara
time yang kau terasa hati tu kan..huhu..best kawan dengan kau juga..dan ingat la wey
jangan la kau cuba nak panjangkan rambut kau tu..aku boleh bayangkan horror gler..
mesti aku dapat nightmare tiap2 malam..hhhaha
~Afwa~ mula rapat dengan dia masa form 5.. sebab masa tu kan fiqa rapat dengan dia..
so aku pun nak la rapat dengan kawan yang kawan aku rapat..hehhe..diam ni teramatla
sensitif..so jangan buat dia sakit hati... dia juga da berjaya ubahkan kita2 orang..huhu..
dan tq atas nasihat2 yang kau bagi kat aku..dan cipta lagu untuk aku..huhu..dan jangan
lupa dengan gangstarz kite 2..serta lagu yang sudah siqin pilih..lalalalla
~ Mira~ masa form lagi aku ingat lagi..menyampah sangat dengan dia..itu pun sebab dengan
cerita satu pihak je..dan lepas kenal dia..dia cerita2..baru tau dia tak salah..hurm..dia ni
kadang2 aku rasa bila cakap 2 tak ada perasaan je..whatever pun aku suka kawan dengan
kau..kau la kawan junior aku paling rapat tau..(kena bangga skit)..hahha..sengal je
~Amir~ aku rapat dengan dia pun form5..amir,sumpah aku tak perasan yang kau pernah satu
sekolah dengan aku..hahha..btw,kau memang abang yang baik sebab suka sangat nak
bawa aku p tesco masuk tempat mainan tu kan..hahah..dan aku suka la sekarang kau da tak
touching macam dulu..
*hurm itulah anggapan aku masa mula2 jumpa dorang2..apa-apa pun
AKU SAYANG KORANG SANGAT !!!!!
Posted by diyana at Isnin, Jun 08, 2009 0 comment
Selasa, 26 Mei 2009
Hobi terbaru..
Disebabkan kan sekarang aku da tak da benda nak buat jadi aku bercadang nak buat la satu benda ni..iaitu menjadi novelis..hehe..sebenarnya da lama da aku cadang nak buat novel ke cerpen ke apa2 je la tapi asyik tak da masa je..bz memanjang..(padahal sebenaranya malas nak mulakan..hehe)..
aku da start buat rangka,plot semua2 kejadah tu la..pergh.memang susah betul nak menghasilkan sesuatu jenis karya ni..memang aku tabik spring la dekat orang yang terdahulu berjaya menghasilkan hasil ciptaan karya mereka..
Berbalik kepada hasil karya aku ni..nanti bila da siap aku akan letakkan kat blog ni la..jadi sebarang peniruan,pengcopy paste(ade ke ayat tu..haahaha)..perlu la minta kebenaran aku dulu..cewah bajet cam aku nya novel 2 best je..hahah..lantak la..jadi buat kawan2 yang pernah mengenali aku di luar sana tu..nantikan la hasil cerpen nya ye..sebab dalam itu watak-wataknya 100% aku buat mcam korang..just korang kena decide yang mana satu korang je..kalau yang x da dalam tu jangan pulak ambil hati maybe aku terlupa..tapi x pe la..next time aku letak korang nya lak..okie2..
hurm.nenek aku da panggil tu..apa je orang ni nak..ish3..k la bye2...wait for my next entries.. :-p
Posted by diyana at Selasa, Mei 26, 2009 0 comment
Jumaat, 22 Mei 2009
Filem pertama aku suka sangat..
Cerita yang penuh dengan elemen-elemen yang menarik..cerita yang memberitahu kita apa erti hidup kita ini..cerita yang sangat menyayat hati..aku suka sangat cerita ni..filem malaysia yang pertama berjaya menyentuh hati aku..setiap makna dan kata-kata yang diucapkan oleh pelakon wanita nya berjaya menusuk ke kalbu..dihiasi dengan kiasan kiasan yang berbunga serta memberi makna yang mendalam..cerita ini best betul la..lepas tengok cerita ni kan kata-kata yang ada dalam tu aku rasa macam semua nya ditujukan kepada aku..tu yang membuatkan aku rasa nak berubah..alhamdulillah la..mungkin selepas ini aku akan jadi seorang muslimah yang lebih bertakwa..insyaallah..amin...
Posted by diyana at Jumaat, Mei 22, 2009 0 comment
Selasa, 19 Mei 2009
X da mood..
hurm..buat masa sekarang ni..mood aku untuk mengupdate blog dah hilang la..maybe semenjak kawan-kawan aku yang pergi jauh secara tiba2..yang buat aku jadi macam ni..entahlah..
jadi aku akan update lagi blog aku..tapi x tau bila..hehe..so keep in touch with me and wait for my new entry..ye...
Posted by diyana at Selasa, Mei 19, 2009 0 comment
Selasa, 12 Mei 2009
kenangan ketika meluncur
Mesej untuk kawan2..
FIQA : tq sebab plan g men ice skating nie..at least dapat gak aku main kan.,walaupun kaki sakit..huhu
ALIN : susah gila nak ajak kau pergi..tapi akhirnya kau tewas dengan kata2ku..hehe.jangan mara..
AFWA : kata tak reti main..tapi tengok bukan main senang kau main ke hulur ke hilir...haha
CATH : masa balik tu bengang je ngan alin kan..rahsia2..huhu
JAYNE : rasanya i memang tidak dilahirkan untuk pandai bermain ice skating la..u dah ajar pun tak reti lagi..haha
ZIQA : spongebob..huhu..jangan mara..best la kuar ngan kau...kata ngan aku segan nak kuar ngan kitaorang..aku tengok kau okie je.. otak pun sama giler cam kitaorang...hehe
AZUAN : Pergh..tengok kau main ice skating mcam PRO je..hehe
IEQMAL : banyak la kau punya tak reti main..lagi terer main ada la aku tengok..sengal.ahaha
AMEY : kau pun sama..terer je main benda tu..tapi nasib baik la kau ada tolong aku gak..tq eh..hehe
HAZIMI : cikgu meluncur ku..haha..kau ajar aku main kejap je boleh..pastu aku da tak reti sampai jatuh2..hahahh
FUAD : ni lah surprise nya kan hazimi??..huhu..mula2 tengok kau diam je..pastu dalam bas borak2 ngan kau barulah aku rasa kau nie okie gak..hehe
Posted by diyana at Selasa, Mei 12, 2009 0 comment
Sabtu, 9 Mei 2009
Form 6..Form 6..
Nak ? or tak nak ?..mana satu pilihan aku..jawapannya..tentulah TAK NAK!!..hehe..aku dapat la form 6 kat smk taman tasik...ntah kat mana sekolah tu pun aku tak tahu...hahaha..cuba bayangkan kalau aku ambil form 6 terpaksa aku kena pakai uniform sekolah lagi dan still dipanggil Pelajar sekolah..HUISH tak nak aku..lepas itu kena start iron baju sekolah balik..ha'ah..perkara itu yang paling aku benci time sekolah..hari2 nak kena iron baju..huh..lepas itu,nak kena bangun pagi2 lagi..aduh malas betul..sebab tu la aku ambil decision nak tolak tawaran itu..elok-elok kawan2 aku dapat masuk matriks universiti semua tak kan lah aku still nak terperangkap di alam persekolahan..tolong la tak koze i !!.hahha..sadis gila kan..jadi aku nak masuk kolej la...16/5 aku kena daftar da..bermula la sesi pembelajaran aku balik..
Terpaksa otak ni aku kena perah habis-habisan untuk diploma teknologi makmal perubatan selama 6 semester...tak pe lah..ini yang aku nak juga kan..for my own future..nanti mesti best..g kolej..kelas dia pulak x macam kat sekolah..hari yang aku ada kelas je aku kena datang..kalau tak aku boleh KELUAR !! hang out ngan maybe my new friends..hahha..suasana baru mestilah ada muka-muka baru kan..tapi x bermakna ada yang baru aku lupakan yang lama kan..aku x macam tu okie..hai bermula sekali lagi perkara yang aku paling bencikan...BERADA DALAM SUASANA BARU...
Posted by diyana at Sabtu, Mei 09, 2009 0 comment
Khamis, 7 Mei 2009
ice skating..ice skating...
Dari hatiku yang tulus ikhlas nie aku nak cakap yang aku tak suke main ice skating...hahha..sebab..
1) game tu dah berjaya membuatkan aku jatuh.
2) membuatkan kaki aku sakit sampai terseliuh
hahaha..sebab tu la..tapi apa-apa pun at least aku pernah la cuba main even once in my life kan..
mula-mula g sana naik lrt ..mula-mula aku ingat sikit je orang g..at last ramai giler pergi..semuanya 14 orang..best betul..lepas nek lrt naik bus pulak..penat la gak perjalanan jauh..smpai2 je..excited la..yela first time datang cnie..
lepas tu terus g makan kfc..walaupun aku x berapa minat la makan kat situ..da majoriti..ikut je la..haha
lepas itu terus g main..budak2 yang lain sume reti aku je yang lembap sikit..sikit je tau..haha..at last lepas 3 kali round terus aku give up..tunggu dorang kat luar je..then ziqa teman aku kat luar..nasib baik ada die la..lepas itu g makan lagi kat mcd..jalan2..then balik..
masa dalam bus tu x sangka dapat cakap2 ngan mr F..mule2 ingat pendiam gila..last2 dia pun okie..masa balik semua berpisah..agak sedih la..tapi ingat la korang..ni bukan last pertemuan kita tau.. :-)
Posted by diyana at Khamis, Mei 07, 2009 2 comment
Isnin, 4 Mei 2009
esok..esok..dan esok..
x sabar rasanya menunggu hari esok..inilah masanya keluar beramai2..
cam reunion je.huhu...so nak tunggu mane kami pergi dan buat ape..my latest blog..
okie.. :-)
Posted by diyana at Isnin, Mei 04, 2009 1 comment
Selasa, 28 April 2009
Menjadi kawan yang baik kepada kawan baik..
Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .
kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
kawanyang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawanbaik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.
kawan yang baik tak pernah melarang Kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .
kawanyang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!
Kita kawan kan?
Posted by diyana at Selasa, April 28, 2009 0 comment
Kawan Baik
Semua orang dalam dunia ini mempunyai kawan baik..tipulah kalau kau kata tak da..imposible.Definisi kawan baik ini terlalu luas.setiap individu mentafsir makna perkataan ini dengan pelbagaicara.Begitu juga dengan aku.bagi aku,kawan baik bermaksud seseorang rakan yang sanggup mengharungi pancaroba dalam hdup,berkongsi suka dan duka,memberi pandangan,dorongan dan sokongan serta menegur dan memperbetul kita jika kita membuat sebarang kesilapan even yang kecil pun. Tidak semestinya kawan baik itu perlu berada di sisi kita sentiasa.Jadi jika dia berada jauh dengan kita,tidak semetinya hubungan persahabatan yang dibina selama ini retak begitu sahaja..
Bagi aku sendiri,sekaliseseorang itu telahmenjadi kawan baik aku,aku akan kekalkannya hingga nafas aku yang terakhir..Seorang kawan baik tidak akan membuat rakannya sentiasa rasa bersalah dan mendesaknya.Aku tak fahamlah ada segelintir orang yang senang sangat bertukar kawan baik dan melupakan atau erti kata lain membuang terus kawan baik mereka yang lama.memang tidak patut.manusia jenis macam mana pun aku tak tahulah.and one more thing,tak semestinya orang yang selalu keluar bersama,lepak sama-sama dan selalu bersama kita ialah kawan baik kita..Mungkin mereka hanya kawan rapat kita sahaja..kawan rapat dan kawan baik memang jauh bezanya dan mempunyai maksud-maksud tersendiri..terpulang pada kita untuk mentafsirkannya..
p/s : entri ini tiada kaitan dengan sesiapa atau yang hidup atupun yang telah meninggal dunia.terima kasih..huhu
Posted by diyana at Selasa, April 28, 2009 0 comment
Ahad, 26 April 2009
Tengok nie..
Ada la seorang hamba Allah..email gambar nie kat aku..dia suruh aku tengok betul gambar ni..dan pasti akan nampak sesuatu..tapi setelah hampir 1 jam aku tengok..termsuklah dari pelbagai arah tapi aku tetap x nampak "sesuatu" seperti yang pengirim tu bagitahu aku..aku x tau la kalau mata aku yang ada problem ke..huhu
so ni aku nak cuba,try,test korang2 plak...
kalau ada siapa2 yang nampak apa2..habaq mai kat cek ye..terima kasih..
Posted by diyana at Ahad, April 26, 2009 2 comment
Aku mesti tengok nie..
Ramai sangat orang x bagi aku tengok cerita ni..aku tak tau la kenapa..dorang kata cerita ni kejam..x sesuai ditonton oleh budak bawah umur!! correction..aku da 18 la..bkn bawah umur lagi..kelapa santan betul! lantakla..lagi orang x bagi aku tengok lagi la aku nak tengok..huhu..tengok dia punya cover pun da cukup untuk menerujakan aku..
yang pasti aku nak tengok la cerita ni..tapi x tau la nak tengok dengan siapa..hahaha
ada sape2 nak tengok dengan aku x ???serius ni !!
Posted by diyana at Ahad, April 26, 2009 2 comment
Bosan Gila !!!
Aku dapat rasakan macam dunia ini tak bermakna lagi..Warna-warna pelangi di sekelilingku semakin hari semakin pudar.Entahlah kenapa jadi begini pun aku x tahu..Mungkin ramai kawanku yang akan pergi jauh dariku..yela ramai yang dapat matriks kan.Aku je x dapat ..sedih la juga..tapi aku tau la semua yang berlaku ini dugaan untuk aku dan aku akan terimanya dengan redha.mungkin semua ini ada hikmahnya..ermm..berbalik dengan tajuk entri aku pada hari ini..BOSAN ! itu yang aku rasa sekarang..mana tidaknya..aku hanya duduk di rumah selepas sudah berenti keje ni..makan tidur..makan tidur..lama2 aku pun boleh jadi belon..hahaaha..
hari khamis hari tu keluar pergi pavi..mula-mula aku fikir malas juga nak keluar..tapi bile fikir ada kawan aku yang pergi dan dia ni seorang yang susah untuk aku jumpa dia..aku pun keluar..keluar pun tak da buat apa2..jalan-jalan ,makan..then balik itu je..lepas itu,masa aku balik rumah..kena marah la pulak...dengan sapa lagi kalau tidak nenek aku 'queen control' kat umah aku 2..dia marah la aku kan baru baik langkawi then da nak kluar pulak..aku wat x tau je..lantak die nak buat ape..
disebabkan dia marah-marah 2 la aku terpaksa batalkan janji aku untuk keluar dengan seorang kawan aku nie..sedih la gak sebab da janji..tapi nak wat cmne..aku x da pilihan lain..kepada kawan aku yang nie aku minta maaf sangat2!!..bukan aku sengaja x nak kluar ngan kau..n aku x nak la kau fikir dengan orang lain aku kluar tapi dengan kau aku saja wat pelbagai alasan..kau tau kan kau bukan camtu..kalu x nak kluar selalunya aku bagitahu yang aku mlas nak keluar kan..
Posted by diyana at Ahad, April 26, 2009 2 comment
Selasa, 21 April 2009
Dia Dah Tahu..
Akhirnya dia dah tau tanpa perlu aku sendiri bagitahu dia..lantak la dia nak mara ke apa..yang penting hal tu dah berlalu..hal yang aku g genting ni pown da lama terjadi..
p/s:bkn aku saja nk rahsia2 nie..tapi kalu bagth kau,kau akan lebih sakit hati..jadi lebih baik kau x payah tau kan??
Posted by diyana at Selasa, April 21, 2009 0 comment
Jumaat, 17 April 2009
Antara Cinta dan Suka ...
kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
Sayang
kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
Suka
kita sukakan dia kerana dia kelakar. dia happy-go-lucky. bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. tapi, kita taklah rindu giller kat dia bila tak berjumpa seminggu...
Minat
ada sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya
Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...
Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan tersenyum...
Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...
Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta....
Tepi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta!
Tetapi, hakikatnya¦
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi!
tq sebab jadi kawan aku..friends forever !!!!!!!!!!!
Posted by diyana at Jumaat, April 17, 2009 0 comment
Khamis, 16 April 2009
siapa ini aku pun x tahu..
masa aku tengah bosan2 kawan aku suh aku baca bende nie kat profile dia..tergelak aku..jadi aku pun decide amik test yang sama..nie result aku..kelakar betul..!!!!
Your results:
You are Green LanternGreen Lantern 60% Superman 50% Supergirl 50% Batman 45% Hulk 45% The Flash 35% Wonder Woman 30% Robin 30% Catwoman 20% Spider-Man 15% Iron Man 5% Hot-headed. You have strong
will power and a good imagination.
Click here to take the Superhero Personality Quiz
p/s : terima kasih di ucapkan kepada afiqah kerana telah memperkenalkan saya test ini..huhu..sayang ko !
Posted by diyana at Khamis, April 16, 2009 0 comment
jangan tegur..
cerita nie sebenarnya x da la aku nak tengok sangat..tapi lepas tengok triller die aku rasa macam best la plak..jadi pergi la tengok..tapi macam ada halangan la..ramai yang aku ajak ramai yang x nak..ada yang da tengok cerita itu..malas nak kluar dan sebagainya..tapi aku pergi juga tengok akhirnya..hehe..not bad la crita itu..best la jugak..tapi over sangat la sound dia..bagi aku la..tapi kalau x sebab sound dia maybe aku rasa x takut langsung..sebab sound dia yang agak over itu lah yang telah berjaya memeranjatkan aku..tapi sikit je la..haha
then time balik tu melawat kenny jap..( macam biasa la da x keje citu pown nak g juga) tapi da x best..ramai budak baru..x kenal pown..then suasana da x happening macam dulu.dapat tau lak ramai yang da nak kena transfer..sedih je.nasib baik la aku berhenti sebelum perkara ini semua terjadi..
p/S : tq ye cath sebab temankan kita g tgk wayang..nanti kite ajk lagi ye(aku cakap kat cath sorang je sebab dia jarang keluar ngan aku..yang lain2 jangan la ambil hati plak..hehe)...yang aku pasti aku nak tengok COMING SOON !!!!
Posted by diyana at Khamis, April 16, 2009 0 comment
Jumaat, 3 April 2009
Kenangan Terindah..
Bagaimana kalau rasanya apabila dibaling dengan telur,muka disapu dengan krim dan dicalit muka dengan kek chocolate indulgence ?..itulah apa yang aku rasakan.haritu memang last day aku kerja dan hari tu juga birthday shaffiq..lepas buat surprise kat dia terjadilah sesi baling membaling..habis baju aku,tudung..orang pertama yang buat aku ialah kak N ( bkn nama sebenar).hahaha..dia tipu aku..dia panggil aku pergi dekat dia dan lepas tu terus dia letak telur atas kepala aku.tau2 je ada benda berlendir atas kepala aku nie..si azuan plak dah awal2 larikan diri..x patut betul..huish..
tak habis lagi tu baru sahaja aku selesai membersihkan kepala tibe2 mukaku ini dibasuh dengan krim oleh abg L...sengal betul..bagilah aku ruang untuk bernafas dahulu..tapi pengalaman ni memang best la..x boleh nak lupakan..tapi paling teruk skali shaffiq la..habis basuh muka je kena lagi..sampai dia terpaksa g salun untuk basuh rambut dia tu sebab baunya terlalu azab..
pelangi : teruk gler kena..da x larat aku nak lari kejar2 org da..tapi puas gak ati aku dapat simbah
kak nab ngn ice lemon tea tadi...huhu
kawan1 : tu la..tapi x baik la kau jirus dia x bersalah tau x!!
pelangi : banyak la kau punye x bersalah nya..dia lah orang pertama yang baling aku dengan telur
tau x ..
kawan 1: la yeke..huhu..padan la muka..tapi bestgak la kena macam nie..at least kita tau yang
selama kita kerja ni kita dihargai kan..
pelangi :.betul 2..aku akan rindu suasana nie sangat2!!!
balik dari peristiwa tu pergi karaoke jap..best sangat walaupun bengang dengan _ _ _ _(teka sendiri la..hahaha..) nak makan chicken wing tutup lak..sedih je.tapi x pe la...
p/S : x boleh lupa betul apa yang kak Q wat dekat miss S ..sengal betul la..huhu..pastu time yang korang2 nyanyi lagu dangdut 2,,sume lupa diri la wey!!!aku yang tengok pown penat.....haahhaaa
Posted by diyana at Jumaat, April 03, 2009 0 comment
Khamis, 5 Mac 2009
Blurr..
Buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat..Betulke pepatah tu..dulu aku x caye sgt la..tapi lepas semalam aku terpk balik betul la kowt..yela lps aku lari dari keje g tgk wyg cite sex drive..best btl..bkn sbb die byk lucah la..tapi sbb cite komedi tau..aku suke..sambung balik cite tadi..mase otw nak pergi main boiling terserempak ngan manager aku ..mule2 pk x nak la lari tapi bile tgk full time n senior part time lari aku pown lari la gak..yang kantoinya manager aku da nampak ..so pandai2 la..mase 2 aku rase cam dah down sangat la.. nak resign pown ade..tapi selepas mendapat dorongan ( tq shaffiq) aku pown ade la semangat balik..tengokla cmne esk..
p/S : lepas nie aku nak buat baik je la..tgk dapat x balasan baik !!
Posted by diyana at Khamis, Mac 05, 2009 0 comment
Jumaat, 20 Februari 2009
Apa ???
Apa ??.. ayt 2 sudah menjadi sinonim dengan diri aku la..x tau sejak bile..aku akan gune die kalu time org 2 lmbt ckp @ gagap r..hhahaha..untk ptg die ckp.tapi bkn aku sengaja la..da mmg aku nak ckp 2... dorang kate kalu aku cakap camtu menyakitkan hati..yeke..aku rase x da la..tapi x tau la kan..tapi skrg sedar x sedar dorang pown semakin kerap menggunakan perkataan 2 juga..hahha..its not my fault..kire korang pown same 2x10...haha..tapi aku gune ayt 2 sebab mmg aku nak cakap ayt 2..
p/s :kepada sesape yang x suke 2 terpakse dengar gak la sebab aku akan terus gunekan nya..hahaha..azuan n shaffiq..jgn mara ek..terima rakanmu ini seadanya.kakkaka..
Posted by diyana at Jumaat, Februari 20, 2009 0 comment
Khamis, 19 Februari 2009
No comment !
pelangi : wey ko tau x..asyik kite je g melawat drg tapi drg langsung x penah melawat kita kat cnie
kan?
kawan1: ha'ah btl tu..kadang2 kalu kita dtg certain2 org je yang layan kita..yang len 2 cam nak x nak je
jumpa kita..
pelangi : 2 yang aku mara nie..lepas nie kita x yah la jumpa drg kat sane..biar drg dtg jumpa kita
dulu..
itu ayt yang aku penah ckap kat kawan aku 2..then smlm akhirnya drg dtg jumpe kitrg...itupown sekejap je..then balik pown x bgth..alasan die ..
kawan 2 : yela kitrg dtg pown korang wat bodo je..
padahal bkn kitarg wat bodo kitrg tgh bincg nagn miss pasal nak resign 2..x kan x oleh tunggu jap pown..
kawan 2: x pe r len kali kalu kitrg dtg kitrg lepak ngn ko je..
itupown kalu krg dtg lagi..n just wait n see je la..mls nak cakap lebih2 !!
p/s :ssh betul nak hang out cam dulu..arghhhhhh !!!!
Posted by diyana at Khamis, Februari 19, 2009 0 comment
Rumah Orang tua
Last post kan aku ada cakap yang aku n shaffiq kena g rumah orang2 tua kan..yang peliknya kitaorg ingt orang melayu punye..tapi dan2 rumah orang tua cina..kalut2..kan sana kitaorg nak berkomunikasi punyelah susah..nasib baik gak aku fhm la dorang cakap ape..itulah gunanya tengok cerita cina time dulu-dulu..atleast aku faham dorang cakap tapi nak cakap balik tu x reti la kan..hahaha..pegi pown x lama..balik kat krr balik da kene keje ..malas betul la..tapi kat sana bestla asyik tangkap gambar je..mana-mana ada kamera di situlah ada aku ngan shaffiq..haha(maklumlah giler kamera)ade sorang org tua kat blakang kitaorg tegur la..tapi dia cam malu-malu tau..kitaorg pown pelik..rupa-rupanya time 2 die tengah buang air..patut la cam x selesa kitarg tgk die..kitrg pownmana la tau kan..kalau tau x ingin pown kitarg nak tengok..hahha.. tapi ada sorang orang tua nie sombong gler..kitaorg tanye x jawab pown..nak suap die makan pown die x nak...sakai betul.. then masa kitaorg nak balik barula dia senyum-senyum and siap nak lambai-lambai tangan lagi..die mmg betul nak suruh kitorg balik..adui..bagus gak la..kitrg bkn nak lama-lama pown kat citu..
p/s : x saba nak tengok gambar2 mase kitrg kat sane..tapi setiap gmbr kitaorg ade miss (tut) gak..so happening la kan kat sane 2..kalu msk mane2 majalah lagi best..glamour skit kitrg..kan2
Posted by diyana at Khamis, Februari 19, 2009 0 comment
Selasa, 17 Februari 2009
Hipokrit
esok aku dan shaffiq kene pegi rumah orang2 tua..wakil krr times square la kan..yang x bestnye ktrg kene g ngan miss **** ..aduyai..malas btl la..depan die mg kene wat2 baik..hipokrit btl..dan kat sane apela jadi agaknya..takut juge aku nak beramah mesra dengan org2 kat sane..takut tibe2 termenyentuh hati mereka ke..kan susah..maklumlah org tua nie kita x dapat jangka fikiran mereka..aku tau la..da ade pengalaman da..(nenek aku) so harap2 sume berjalan dengan lancar..amin..
p/s : malas betul nak bangun pagi esk..pastu nak bawak nasi lemak lagi untuk si apit 2..hish..nasib baik la aku nie baik hati..hahha..
Posted by diyana at Selasa, Februari 17, 2009 0 comment
Dalam Dilema ...
hish pening betul la kepala ku ini..aku baru je plan nak berenti keje..tapi bile aku bagitahu bdk2 krr dorang sume x bg aku berenti..dan baru2 nie aku dapat tau aku akan dinaikkan full time..bkan sng dowh nak naik full time..da dapat peluang ni sape pown x lepaskan ..betul x ??..tapii bile fikir balik aku x kan lame la kat citu coz dapat result ingat nak g smbg wat lesen kete yang sudah lama tergendala. aku pown x tau la na wat camne lagi...azuan pown da nak berenti..shaffiq dengan aku je lagi yang tgh berfikir..jadi ape patut aku buat nie..ape2 hal aku rase aku nak tengok dulu result aku camne baru aku tentukan nak stay or resign..FULL STOP N TQ !!
P/s : takut giler la result nak kuar bulan tiga nie..harap2 dapat result baik..kalu x x da la malu nak cakap kalu org tanye..kan2..
Posted by diyana at Selasa, Februari 17, 2009 2 comment
Khamis, 5 Februari 2009
PUAS HATI !!!
An..an..an.. hahaha..sifu dan tongga !! akhirnya dapat juga aku tengok cerita nie..best jugak la cerita nie ..santai je..Dalam panggung tu ramai gker org gelak @ ketawa sekuat hati..(sakit jiwa aku) padahal tak da la kelakar scene yang dorang tengok tu..huish..yang x boleh blah sekali time scene yang azwan ali 2..kelakar giler..takowt nak tengok..hahahha
p/s : apepown tq banyak dekat Shaffiq and azuan sebab sanggup tengok cite tu walaupown korang kate cite x perlu ditengok pown..sayang korang sangat!! next time kite tengok BRIDE WARS okie...
Posted by diyana at Khamis, Februari 05, 2009 0 comment
Thanks !!!
tq kepada pelangi yang menyinari hidupku..sebab korang datang umah aku pada 1.2 aritu.. P/S: SAYANG KORANG SANGAT2!!! BILE NK HANG OUT LAGI ???
Posted by diyana at Khamis, Februari 05, 2009 0 comment
Jumaat, 30 Januari 2009
cerita wayang terbaru...
cerita yang memang aku tunggu da kluar.. SIFU DAN TONGGA..aku memang suka cerita komedi..n lebih2 lagi ade nabil..aku minat betul die..jadi ape2hal pown aku akan pergi tengok cerita itu walaupown sorang2..
aku : wey aku ingat nak pergi tengaok cerita sifu and tongga..
kawan 1 : perlu ke tengok cerita tu ?(nada pelik)
aku : perlu la..sbb ade nabil kan..
kawan1 : habis ko ingat aku dan die nak tengok gak ke ??
aku : lantaklah korang nak or x nak yang penting aku nak g tengok..jom wey tengok cerita tu..(pandang kawan 2)
kawan 2 : okie gak..tapi x confirm r ble..sebab dah berturut2 aku kuar ..
aku : x pe la..kalu korang x nak aku g sorang je...(x kisah pown)
kesimpulannya ape yang aku nak buat x da orang leh halang..fullstop !! Bile la WATCHMEN nak kluar nie..kan wan ??
Posted by diyana at Jumaat, Januari 30, 2009 2 comment
Isnin, 26 Januari 2009
aku punye suke la..
kadang-kadang aku sendiri x tau ape yang aku nk dalam hidup aku nie..banyak benda yang aku nak tapi x dapat @ sukar giler nak dapatkannya..bile kawan-kawan aku beli barang-barang yang branded aku rasa membazir je..yela aku x dapat halang dorang beli barang yang dorang suka sebab masing-masing ade hak masing-masing kan..so am i.. jadi sukahati aku la nak beli barang ape pown and korang x da hak nak halang aku..tq.. p/s : aku nak la sweater yang kat times square harga rm20 tu...bile la gaji nak kluar nie ????
Posted by diyana at Isnin, Januari 26, 2009 0 comment
Jumaat, 23 Januari 2009
tension separuh mati betul !!
kat rumah tension.kat tempat kerja pown tension.kat mane2 sume mesti tension.kenapalah perkataan T.E.N.S.I.O.N nie mesti ade dalam hidup aku.membosankan betul . kat tempat kerje aku tension ngan bos2 and rakan2 sekerja yang perangai cam celaka tu..
aku : abg gravy original satu..
die : (diam sambil buat2 busy)
aku : abg, gravy ori satu..guest tu dah tunggu lama..(masih senyum tapi dalam hati sakit gler)
die : (blah terus ke belakang sambil angkat pinggan) then keluar ke depan balik..ko nak ape kat cnie dari tadi nie..(nada marah!)
aku : gravy original la..
die : yang ko x cakap dari tadi nape ??
aku : kepale otak ko aku x cakap..(dalam hati je la..kang cakap lebih2 gaduh lak)
aku x tau la kan..ko mmg nak cari pasal ngan aku atau ko mmg x suka aku..just cakap je la..kalu ko x puas hati face2face..bukan ckap belakang2 ngan kawan beruk ko sorang lagi tu..
p/s : malas betul nak layan kerenah org camnie !!!
Posted by diyana at Jumaat, Januari 23, 2009 2 comment
Rabu, 21 Januari 2009
bengang..bengang.
geram btl arinie..kalu die ade kat tempat keje aku..mcm2 x kene..semua nk perfect je..ini x kene itu x kene. nk perfect ko g buat sendiri la..mcm nie..
Die : saya nk tempat nie bersih.cermin semua lap..
aku : okie.( dengan muke hipokrit n dalam hati sumpah seranah sume ade )
Die : nie kat tmpt cashier nie kemas. lap sume2 nie.
aku : ye miss. (da bp kali aku kemas pown x puas2 hati lg ke.)
macam 2 la kalu depan bos.mesti kene hipokrit ke ? x puas hati betul aku.hati org je kene jaga..celaka betul !ble la aku bole jadi manager.mmg aku pecat perempuan tua tu...
Posted by diyana at Rabu, Januari 21, 2009 2 comment
Ahad, 18 Januari 2009
cinta oh cinta..
hish..1 lagi masalah melanda.ade sorang mamat yang aku baru kenal.slalu chatting je x penah jumpa.then tibe2 mintak couple ngan aku.aku da la malas nak couple2 nie.wat semak pale otak aku je. die plak desak2 suh aku bgth jawapan kat die arinie gak..camne aku nak wt nie.sengal la..tapi yang bestnye die manager .masyuk beb ! sape jadi awek die untung r .(materialistik betul aku) peduli ape.cube cakap aku sape dalam dunia nie yang x suke duit ha?..x da kan.semua manusia obses terhadap duit . berbalik pada cite mamat 2 td..akhirnya aku terima gak die. tapi percintaan jarak jauh la.lantakla.bukan die nak datang jumpe aku kat cnie pown. lagipown aku x bersedia lg untuk cintan-cintun nie..
p/s : baik aku pk ape la result spm aku yang akan dtang nie..lagi baik..huish takut siot..
Posted by diyana at Ahad, Januari 18, 2009 0 comment
cuti..cuti..
arinie aku cuti. tapi bukan cuti yang tempat keje aku bagi. cuti yang aku buat sendiri .haha.malas plak nk keje.tapi sebenarnya aku cuti nie pown nak tengok juara lagu malam nie.aku rancangan hiburan mana boleh tinggal.
kawan : esk kau keje ke cuti ?
diyana : aku cuti la. nak tgk juara lagu punye pasal.
kawan : boleh plak camtu ?
diyana : mesti la aku mane leh tinggal rancangan hiburan nie semua.
tapi bile da cuti mesti esok malas nak gi keje balik.. x sukenye !!!!
Posted by diyana at Ahad, Januari 18, 2009 0 comment
blog..blog..blog..
Ade ape dengan blog.entah la..blog digunakan selalu untuk org meluahkan perasaan.sebab itulah aku mula nk buat blog.itupun selepas aku tanye drpd kawan aku mcmane nk buat blog yg terbaik tanpa org tau siapa yg kite maksudkan dalam blog tu..so harap lepas ni jiwa aku tenang skit la sebab dapat luahkan masalah aku dalam blog nie..
p/s : tq azuan sebab bgth aku camne untuk buat blog yang terbaik !!!
Posted by diyana at Ahad, Januari 18, 2009 2 comment