Selasa, 28 April 2009

Kawan Baik

Semua orang dalam dunia ini mempunyai kawan baik..tipulah kalau kau kata tak da..imposible.Definisi kawan baik ini terlalu luas.setiap individu mentafsir makna perkataan ini dengan pelbagaicara.Begitu juga dengan aku.bagi aku,kawan baik bermaksud seseorang rakan yang sanggup mengharungi pancaroba dalam hdup,berkongsi suka dan duka,memberi pandangan,dorongan dan sokongan serta menegur dan memperbetul kita jika kita membuat sebarang kesilapan even yang kecil pun. Tidak semestinya kawan baik itu perlu berada di sisi kita sentiasa.Jadi jika dia berada jauh dengan kita,tidak semetinya hubungan persahabatan yang dibina selama ini retak begitu sahaja..

Bagi aku sendiri,sekaliseseorang itu telahmenjadi kawan baik aku,aku akan kekalkannya hingga nafas aku yang terakhir..Seorang kawan baik tidak akan membuat rakannya sentiasa rasa bersalah dan mendesaknya.Aku tak fahamlah ada segelintir orang yang senang sangat bertukar kawan baik dan melupakan atau erti kata lain membuang terus kawan baik mereka yang lama.memang tidak patut.manusia jenis macam mana pun aku tak tahulah.and one more thing,tak semestinya orang yang selalu keluar bersama,lepak sama-sama dan selalu bersama kita ialah kawan baik kita..Mungkin mereka hanya kawan rapat kita sahaja..kawan rapat dan kawan baik memang jauh bezanya dan mempunyai maksud-maksud tersendiri..terpulang pada kita untuk mentafsirkannya..

p/s : entri ini tiada kaitan dengan sesiapa atau yang hidup atupun yang telah meninggal dunia.terima kasih..huhu

0 comment: