Aku rasa aku nak lari jauh-jauh sampai aku jatuh..aku rasa aku nak jerit kuat-kuat sampai suara aku hilang sepenuhnya..dan aku rasa aku nak terus hilangkan diri sampai semua orang cari aku..hurmm aku tak suka lah bila aku rasa macam ni..da lama aku tak rasa macam ni..aku nak buat sesuatu,nak cakap sesuatu tapi aku tak kuat..tak cukup berani untuk mengatakannya..sebab aku cukup takut akan akibat yang akan berlaku kelak..tapi kalau aku tak beritahu hati aku,fikiran aku akan cukup sakit memikirkannya..tapi aku cukup pasti jika aku beritahu perkara ni..persahabatan yang ada sekarang akan terhapus dengan macam tu saja..
jadi sebab tu lah aku tak boleh beritahu..biar didesak sebagaimana pun aku tetap tak boleh beritahu..kalau boleh sekarang ni aku hanya perlukan seorang sahaja rakan untuk aku ceritakan hal ni..dan aku harap dia tidaklah mulut tempayan kan..dan cukuplah dia hanya sebagai pendengar dan bukan memberi pendapatnya yang aku tak nak lah fikir kerana hal ini akan jadi lebih teruk kalau orang kedua ,ketiga,dan keempat masuk campur..jadi tolonglah..aku nak seorang sudah cukup.....FULLSTOP..
* sapa2 yang baca tolong lah jangan tanya apa2 !!
Selasa, 9 Jun 2009
Dari hati ke hati
Posted by diyana at Selasa, Jun 09, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comment:
Catat Ulasan